Latar belakang sejarah sekolah Kebangsaan Pelakat secara ringkas iaitu pada awal dibina ia dikenali sebagai Native Volunyary School Kg Pelakat (NVS) sahaja, atau sebuah sekolah Sukarela Rakyat (SSR) Kampong Pelakat Sipitang. Kemudahan-kemudahan asas belum ada lagi pada ketika itu bagi kegunaan penduduk kampong Pelakat amnya.
Diawal tahun 1962, wujud sebuah bangunan Sekolah Kebangsaan Pelakat yang mana di ilhamkan oleh seorang Ketua Anak Negeri Tuan Haji YAkob bin Haji Abdullah. Beliau adalah merupakan sebagai seorang pengasas sekolah ini dan diikuti bersama seorang tua yang bernama Encik Gapar Bin Ahmad dan juga bersama dengan penduduk-penduduk Kg Pelakat, Sipitang serta mendapat sokongan dari pihak majlis daerah Sipitang (ADO) pada ketika itu dapatlah penduduk kampung menghantar anak-anak mereka bersekolah seperti juga yang terdapat dikampung-kampung dalam daerah sipitang.
Kedudukan atau tapak sekolah ini dipunyai oleh salah seorang penduduk kampung pelakat. Beliau ialah Encik Hamis bin Osman @ Kamis dan beliau juga bermurah hati untuk menggantikan tanah tersebut seluas 5.05 ekar dijadikan sebagai tapak bangunan sekolah yang ada sekarang .Maka dengan dengan kerjasama dan kesedaran pihak ibubapa terdirilah sebuah bangunan separuh bantuan oleh pihak majlis daerah Sipitang yang beratapkan daun nipah serta dindingnya daun nipah dan berlantaikan ditanah pasir,manakala kerusi dan meja pula dibuat oleh penduduk-penduduk Kampung Pelakat secara gotong royong.
Setelah siap dibina bangunan sekolah ,murid-murid pun dapatlah belajar dengan jumlah murid-muridnya yang agak kecil pada ketika itu seramai 32 orang termasuk lelaki dan perempuan .Sekarang SK Pelakat sudahpun mempunyai 3 bangunan sekolah termasuk sebuah bangunan projek kilat dan juga beberapa buah bangunan rumah guru.Murid-murid yang ada berdaftar sekarang berjumlah seramai 120 orang dengan keramaian guru sebanyak 10 orang tenaga pengajarnya.Kemudahan-kemudahan asas sudah pun dibekalkan kesekolah ini termasuk bekalan elektrik dan telefon Cuma bekalan air sahaja yang belum dibekalkan ke sekolah ini
Mengikut bancian bangunan dan murid serta guru bertambah dari setahun ke setahun serta mendapat perhatian dari pihak kerajaan amnya dan juga pihak jabatan pendidikan khasnya.Ini semua adalah atas kerjasama pihak ibubapa Kampung Pelakat, Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang ,Pejabat Pendidikan Bahagian Beaufort dan juga pihak PIBG sekolah.